WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

HEBATNYA PENANGAN BLACK PANTHER, SAMPAI MICHELLE OBAMA TURUT TERUJA

Michelle Obama sifatkan Black Panther mampu cetus inspirasi kepada setiap insan untuk melihat semangat keperwiraan yang ada dalam diri


Back To Whats Hot

Bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama memuji filem Black Panther.

Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.

Menerusi twitternya, Michelle mengucapkan tahniah kepada seluruh produksi Marvel Movie atas kejayaan menerbitkan filem ini.

Black Panther menurut Michelle bukan sekadar kisah adiwira tetapi pemangkin kepada setiap individu untuk melihat semangat keperwiraan dan kenberanian yang ada dalam jiwa mereka.

Selain Michelle, filem ini turut mendapat pujian ikon penyiaran terkemuka Oprah Winfrey yang menyifatkan ia sebagai satu fenomena.

Ditayangkan kurang seminggu lalu, Black Panther yang disifatkan sebagai ‘wajah baharu’ filem adiwira sehingga Isnin lepas berjaya mengaut kutipan AS$387 juta di pasaran global.

Sumber: Awani