• LISTEN NOW ON AIR

    #CNO912

    09.00pm - 12.00am

WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

TERIMA ANCAMAN BUNUH, SALMAN KHAN DIKAWAL KETAT PIHAK POLIS

Salman Khan dilapor menerima ancaman bunuh daripada ketua gangster bernama Lawrence Bishnoi pada 5 Januari lalu


Back To Whats Hot

PELAKON popular Bollywood, Salman Khan, dilapor menerima ancaman bunuh daripada ketua gangster bernama Lawrence Bishnoi pada 5 Januari lalu.

Menurut laporan India Today, Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah selepas mengeluarkan kenyataan dia akan membunuh Salman Khan di Jodhpur, India.

"Salman Khan akan dibunuh di Jodhpur, kemudian dia akan mengetahui tentang identiti kita yang sebenar.

"Saya akan melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa yang saya mahu," katanya kepada media ketika dibawa ke mahkamah Jodhpur.

Bishnoi sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kes jenayah termasuklah 20 kes cubaan membunuh, menculik dan memeras ugut.

Pesuruhjaya Polis, Ashok Rathore berkata, pihaknya telah memperketat kawalan keselamatan untuk pelakon itu dan akan memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kami akan mengembil serius dengan ancaman bunuh yang dilakukan oleh gangster tersebut terhadap Salman Khan.

"Kami telah memperketatkan kawalan keselamatan untuk dia supaya dengan ini dapat memastikan keselamatan pelakon itu berada dalam keadaan selamat ," katanya.

Namun sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca sebenar Salman menerima ancaman tersebut.

Sumber: India Today