WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'THE OLD TAYLOR IS DEAD' - RANGKAP LIRIK SINGLE BAHARU TAYLOR UNDANG SPEKULASI

Setahun menyepi dari industri muzik, penyanyi terkenal Amerika Syarikat Taylor Swift hari ini melancarkan single terbaharu


Back To Whats Hot

SETELAH setahun menyepi dari industri muzik, penyanyi terkenal Amerika Syarikat Taylor Swift hari ini melancarkan single terbaharu, ‘Look What You Made Me Do’.

Single itu dilancarkan selepas Taylor mengumumkan pelancaran album terbaharunya, Reputation pada Khamis lalu menerusi Instagramnya.

Tajuk dan lirik lagu itu bagaimanapun mengundang spekulasi bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West dan Kim Kardashian kerana kontroversi lagu 'Famous’.

Rangkap lirik, "I'm sorry, but the old Taylor can't come to the phone right now,”, "Why? Oh, 'cause she's dead” menarik perhatian peminatnya, sehingga ada yang berpendapat Taylor tampil sebagai ‘insan yang baharu’.

Ada juga yang bimbang jika penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami masalah kemurungan.

Minggu lepas, Swift bertindak untuk memadam kesemua gambarnya di dalam akaun itu sebelum mengumumkan pelancaran album terbaharunya.

Reputation akan dijual mulai 10 November.

- Sumber dari Awani