• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MESSI DINOBAT SEBAGAI PEMAIN LELAKI TERBAIK FIFA 2019

Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 dalam majlis anugerah gemilang sukan bola sepak dunia


Back To Sports Updates

ROM, 24 Sept -- Lionel Messi merangkul anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada Isnin manakala Megan Rapinoe, yang memimpin pasukan bola sepak Amerika Syarikat untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia Wanita, menggondolnya bagi kategori wanita.

Penyerang Barcelona itu menyingkirkan Virgil Van Dijk, yang dinobat sebagai Pemain Terbaik UEFA bulan lalu setelah membantu Liverpool di Liga Juara-Juara musim lepas.

Pemain Juventus Cristiano Ronaldo turut disenarai pendek namun tidak hadir pada majlis itu.

Messi, 32, dan Van Dijk, 28, kini berentap untuk meraih anugerah Ballon d'Or yang akan diumumkan pada 2 Dis.

Rapinoe pula menewaskan rakan sepasukannya, Alex Morgan dan Lucy Bronze dari England manakala jurulatih pasukan Amerika Syarikat Jill Ellis dinobat sebagai Jurulatih Terbaik.

Sumber: BERNAMA