WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

MALAYSIA NAIK SATU ANAK TANGGA

Penyokong Ultras Malaya hadir pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Kemenangan ke atas Indonesia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 awal bulan lalu melonjakkan kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan badan induk dunia itu, skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe naik satu anak tangga ke kedudukan 158.

Pada 5 Oktober, skuad negara bakal menghadapi dua perlawanan, menentang Sri Lanka dalam aksi persahabatan di Stadium Bukit Jalil sebagai persiapan untuk menentang Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di tempat lawan, 10 Oktober.

Jika berjaya menewaskan Sri Lanka dan Vietnam, kedudukan itu dijangka bertambah baik.

Sebelum ini, Harimau Malaya menang 3-2 pada aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 ke atas Indonesia di Jakarta namun akur tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: Berita Harian