WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TRIO REDS SERTAI RONALDO, MESSI

Salah dan Mane berkongsi anugerah Kasut Emas Liga Perdana


Back To Sports Updates

LONDON: Trio Liverpool, Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Sadio Mane menyertai nama biasa Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi bagi senarai pendek anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Salah dan Mane berkongsi anugerah Kasut Emas Liga Perdana -  bersama penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang selepas masing-masing menyumbat 22 gol - manakala Messi adalah penjaring gol terbanyak La Liga (36 gol) dan Liga Juara-Juara (12 gol) musim lalu.

Pertahanan tengah Van Dijk, yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana dan Pemain Terbaik Tahunan PFA antara tonggak penting Liverpool memenangi gelaran keenam Eropah.

Ronaldo menjulang trofi Serie A pada musim pertamanya di Itali bersama Juventus dan dinamakan Pemain Paling Bernilai liga berkenaan. Dia juga mengetuai Portugal memenangi kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah, bulan lalu.

Dalam pada itu, pemain skuad wanita Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe, yang memenangi anugerah Kasut Emas dan Bola Emas selaku pemain terbaik Piala Dunia Wanita disenarai bersama rakan sepasukannya,  Alex Morgan, Julie Ertz dan pemenang Ballon d'Or tahun lalu, Ada Hegerberg bagi kategori wanita.

Rakan sepasukan Hegerberg di Olympique Lyonnais, yang memenangi tiga gelaran musim lalu iaitu Lucy Bronze, Amandine Henry dan Wendie Renard turut tersenarai.

Jurulatih Liverpool,  Jurgen Klopp dan pengurus juara Inggeris, Manchester City, Pep Guardiola disenarai bagi anugerah Jurulatih Terbaik.

Turut tersenarai ialah jurulatih Portugal, Fernando Santos, pengendali Brazil, Tite, dan jurulatih Algeria, Djamel Belmadi.

Jurulatih skuad wanita AS, Jill Ellis, yang membimbing pasukannya memenangi gelaran Piala Dunia Wanita keempat disenarai pendek bagi kategori wanita selain jurulatih Lyon, Reynald Pedros dan pengendali Belanda, Sarina Wiegman.

Senarai finalis tiga terbaik akan diumumkan sebelum majlis anugerah berlangsung di Milan pada 23 September ini.

Senarai calon

Pemain Terbaik FIFA (Lelaki): Cristiano Ronaldo (Portugal/Juventus), Frenkie De Jong and Matthijs de Ligt (Belanda/Ajax Amsterdam), Eden Hazard (Belgium/Chelsea), Harry Kane (England/Tottenham Hotspur), Sadio Mane (Senegal/Liverpool), Kylian Mbappe (Perancis/Paris St Germain), Lionel Messi (Argentina/Barcelona), Mohamed Salah (Mesir/Liverpool), Virgil van Dijk (Belanda/Liverpool).

Pemain Terbaik FIFA (Wanita): Lucy Bronze (England/Olympique Lyon), Ada Hegerberg (Norway/Olympique Lyon), Julie Ertz (AS/Chicago Red Stars), Sam Kerr (Australia/Perth Glory dan Chicago Red Stars), Rose Lavelle (AS/Washington Spirit), Caroline Hansen (Norway/Barcelona), Amandine Henry (Perancis/Olympique Lyon), Alex Morgan (AS/Orlando Pride), Megan Rapinoe (AS/Reign FC), Wendie Renard (Perancis/Olympique Lyon), Ellen White (England/Manchester City).

Jurulatih Terbaik (Lelaki): Djamel Belmadi (Algeria/Algerian national team), Didier Deschamps (France, French national team), Marcelo Gallardo (Argentina/River Plate), Ricardo Gareca (Argentina/Peru), Pep Guardiola (Spain/Manchester City), Juergen Klopp (Germany/Liverpool), Mauricio Pochettino (Argentina/Tottenham Hotspur), Fernando Santos (Portugal/Portuguese national team), Erik ten Hag (Netherlands/Ajax Amsterdam), Tite (Brazil/Brazilian national team).

Jurulatih Terbaik (Wanita): Milena Bertolini (Itali), Jill Ellis (AS), Peter Gerhardsson (Sweden), Futoshi Ikeda (Skuad B-20 Jepun), Antonia Is (Skuad B-17 Sepanyol), Joe Montemurro (Australia/Arsenal), Phil Neville (England), Reynald Pedros (Perancis/Olympique Lyon), Paul Riley (England/North Carolina Courage), Sarina Wiegman (Belanda).

Sumber: Berita Harian