WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PULAU PINANG RANAP IMPIAN SARAWAK KEKAL DI LIGA PREMIER

Laluan Sarawak untuk kekal dalam saingan Liga Premier musim depan kembali berliku


Back To Sports Updates

KUCHING: Laluan Sarawak untuk kekal dalam saingan Liga Premier musim depan kembali berliku susulan kekalahan 3-6 kepada Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di George Town, malam tadi.

Kerapuhan benteng Sarawak dihukum sepenuhnya jentera serangan tuan rumah dengan meledak lima gol hanya dalam tempoh 32 minit pada babak pertama.

Harun Al-Hafiz membuka jaringan awal pada minit kelima disusuli gol pemain import, Sergio Fabian Ezequiel Aguero tiga minit kemudian.

Anselmo Casagrande menambah perit Sarawak dengan menyumbat dua gol pada minit ke-15 dan 27 sebelum Harun melengkapkan gol kelima pasukannya pada minit ke-32.

Pulau Pinang terus ghairah mencari jaringan tambahan sebaik babak kedua bermula dan berjaya menambah gol keenam menerusi Julian Bottaro minit ke-52.

Sarawak berjaya mengurangkan defisit jaringan dengan menjaringkan tiga gol masing-masing menerusi Bobby Gonzales pada minit ke-65, 80 dan Mohamad Alif Hassan minit ke-74.

Bagaimanapun, kebangkitan ditunjukkan anak didik Mohamad Denny Da’ail agak lewat dan mereka akur pulang dengan tangan kosong.

Sarawak akan menamatkan kempen liga menentang Selangor United pada 20 Julai di Stadium Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Harry Illias