WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

UNITED DIDAKWA SETUJU BELI MAGUIRE RM413 JUTA

Manchester United pernah berminat menandatangani Harry Maguire dengan harga hanya 4 juta pound


Back To Sports Updates

LONDON - Manchester United pernah berminat menandatangani Harry Maguire dengan harga hanya 4 juta pound (RM20 juta) pada 2013, tetapi mereka akhirnya memilih untuk tidak meneruskan hasrat tersebut.

David Moyes yang mengendalikan kelab Old Trafford tersebut pada ketika itu, telah mengenal pasti bek tengah berkenaan, yang beraksi bersama Sheffield United, sebagai sasaran pemain berpotensi.

Alex Ferguson pernah memaklumkan kepada rakan senegaranya, Moyes tentang Maguire yang diramal menjadi pemain ternama dunia dan mencadangkan agar United dapatkan khidmat pertahanan itu.

Maguire memerlukan Red Devils berbelanja di sekitar 4 juta pound, dan Moyes mengarahkan pasukan pencari bakat Manchester United agar memantau pemain tersebut di atas arahan Ferguson.

Bagaimanapun, daripada mengikuti perkembangan pemain muda itu, Red Devils sebaliknya bertindak untuk tidak meneruskan pemburuan mereka bagi mendapatkan Maguire, yang selepas itu menyertai Hull.

Laporan media England, The Sun mendakwa, Manchester United telahpun bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak 80 juta pound (RM413 juta) bersama Leicester City untuk khidmat bek tengah tersebut, hujung minggu ini.

Sumber di Manchester United, bagaimanapun, enggan mengesahkan tentang persetujuan yang telah dicapai dengan Foxes, tetapi nampaknya perjanjian itu dijangka dimeterai dengan United perlu membayar kos di sekitar 80 juta pound. Jumlah itu jauh lebih mahal berbanding 4 juta pound yang perlu United jelaskan jika mendengar nasihat Moyes.

Sumber: Utusan Online