WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KEPULANGAN NEYMAR KE BARCA LUAR BIASA -XAVI

Bekas bintang tengah Sepanyol, Xavier Hernandez atau Xavi mengakui kepulangan semula Neymar ke Barcelona akan menjadi perkara ‘luar biasa’


Back To Sports Updates

MADRID: Bekas bintang tengah Sepanyol, Xavier Hernandez atau Xavi mengakui kepulangan semula Neymar ke Barcelona akan menjadi perkara ‘luar biasa’ sambil menegaskan usaha kelab itu mendapatkan semula sayap Paris Saint-Germain (PSG) itu pastinya ‘sangat sukar’.

Juara LaLiga, Barca dikaitkan untuk mendapatkan semula Neymar, yang meninggalkan Camp Nou menyertai PSG dengan rekod yuran perpindahan termahal dunia iaitu sebanyak €222 juta (RM1 bilion) pada 2017.

Namun Pengarah Sukan PSG, Leonardo semalam mengesahkan bahawa Neymar – yang ponteng latihan hari pertama pramusim, kini boleh dilepaskan jika tawaran munasabah.

Xavi pernah beraksi bersama Neymar sebelum dia mengendali kelab Al Sadd di Qatar pada 2015.

"Perjanjian itu akan menjadi perkara sangat luar biasa.

"Secara jujur, saya lihat ia sangat sukar dilakukan.

"Tapi kita sudah melihat banyak perkara mustahil yang tak pernah kita saksikan sebelumnya, seperti ketika PSG membayar €222 juta, jadi kita tunggulah kesudahanya.

"Memang Neymar adalah pemain paling hebat dunia, tapi biarlah kita lihat apa pula tindakan Barcelona."

Dalam pada itu, ketika nasib Neymar belum dapat dipastikan, bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann kian kuat dikaitkan pindah ke Barca.

Griezmann yang terikat dengan klausa pelepasan bernilai €120 juta (RM564 juta) dilaporkan akan meninggalkan Atletico selepas lima tahun bersama dan Barca dikaitkan kelab tunggal sanggup mendapatkan tanda tangannya.

"Dia pemain hebat, pemain bintang dunia, dia melakukan banyak perubahan sepanjang bersama Atletico Madrid dan kelab kebangsaan Perancis, dia pemain yang memiliki bakat istimewa,” kata Xavi.

"Ia masih belum rasmi, tapi nampak gayanya dia pasti ke Barcelona. Saya rasa ia satu pembelian yang hebat."

Sumber: Berita Harian