WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

'CHELSEA PERLUKAN LAMPARD'

Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand menggesa Chelsea supaya melantik Frank Lampard


Back To Sports Updates

LONDON: Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand menggesa Chelsea supaya melantik Frank Lampard sebagai pengurus baharu kelab itu.

Chelsea ketika ini tidak memiliki pengurus selepas Maurizio Sarri pulang ke Itali untuk menyertai juara Serie A, Juventus minggu lalu dengan Lampard yang juga legenda kelab diwar-warkan akan mengambil alih jawatan berkenaan.

Pengendali berusia 41 tahun itu dilaporkan sudah memberitahu kelabnya, Derby County yang dia berhasrat untuk ‘pulang’ ke Stamford Bridge jika memperoleh tawaran rasmi dan Ferdinand percaya bekas rakan sepasukannya itu adalah lelaki yang tepat untuk jawatan berkenaan.

“Mereka patut melakukannya. Saya fikir dia juga akan melakukannya,” kata Ferdinand. “Adakah dia menyatakannya? Saya fikir jika dia melakukannya, saya rasa dia akan memperolehnya.

“Jika dia membuka mulutnya, dia akan mendapat jawatan berkenaan kerana dia boleh berkata-kata. Frank, ambil jawatan berkenaan. Chelsea memerlukan kamu. Dia adalah rakan saya. Dia patut mendapat jawatan berkenaan dan dia layak.”

Lampard mungkin baharu di arena pengurusan tetapi prestasinya sejak mengambil alih tugas di Pride Park pada Mei 2018 boleh dipuji.

Dia mengemudi Derby menamatkan saingan Liga Kejuaraan di kedudukan keenam dan layak ke saingan play-off dan mara ke final sejak 2014 tetapi tewas 1-2 kepada Aston Villa.

Bekas pemain tengah Chelsea itu tidak asing di Stamford Bridge dengan dia memegang rekod penjaring gol terbanyak kelab dengan 211 gol selain menjulang 13 trofi utama termasuk Liga Juara-Juara pada 2012.

Bekas kapten Derby, Michael Johnson dalam pada itu menuntut Chelsea supaya menunjukkan lebih rasa hormat terhadap Lampard.

“Tiada sebarang tawaran terus dari Chelsea tetapi kamu tidak boleh lari daripada semua khabar angin dan ia mungkin lebih daripada ‘bila’ berbanding ‘jika’,” katanya. “Daripada pihak Derby, kami mahu lebih rasa hormat daripada Chelsea.”

Sumber: Berita Harian