• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

NEYMAR DISIASAT LIMA JAM KES ROGOL MODEL

Polis Brazil tetap menyoal siasat Neymar selama lima jam awal hari ini berhubung dakwaan merogol seorang model wanita


Back To Sports Updates

SAO PAULO - Polis Brazil tetap menyoal siasat Neymar selama lima jam awal hari ini berhubung dakwaan merogol seorang model wanita di Paris bulan lalu walaupun beliau menafikannya.

Ini merupakan kali kedua, pemain bola sepak termahal di dunia itu dipanggil memberikan keterangan kepada polis biar pun terpaksa berjalan menggunakan tongkat kerana masih cedera di bahagian buku lali.

“Kebenaran akan muncul tidak lama lagi sama ada cepat atau lambat sahaja,” kata Neymar, 27, kepada pemberita yang menunggunya di luar balai polis.

Kehadiran Neymar kali ini dibuat selepas polis Brazil berkata, mereka akan memfailkan saman fitnah ke atas wanita yang mendakwa dirogol Neymar itu kerana menuduh polis menerima rasuah.

Najila Trindade ketika ditemubual sebuah stesen televisyen baru-baru ini dipetik berkata: “Polis telah dibeli, betul ke atau saya ke yang gila?”.

Sumber: Utusan Online