WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

SEMPENA PERKAHWINAN, OZIL UMUM BIAYAI PEMBEDAHAN 1,000 KANAK-KANAK

Ozil dan Amine yang mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2018 telah melangsungkan perkahwinan pada Jumaat


Back To Sports Updates

Walaupun Arsenal berdepan detik sedih selepas terlepas aksi Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut pada tahun ini, namun pemainnya, Mesut Ozil membuktikan bahawa bola sepak bukan segala-galanya.

Pemain berdarah Turki itu memberi sinar harapan kepada 1,000 kanak-kanak apabila mengumumkan bakal membiayai rawatan kanak-kanak yang memerlukan.

Menurut laporan media antarabangsa, bintang bola sepak berusia 30 tahun itu merancang membuat projek amal itu bersama tunangnya, Amine Gulse, sempena perkahwinan mereka di Istanbul pada Jumaat waktu tempatan.

"Ramai peminat, saudara mara dan rakan-rakan bertanya mengenai hasrat kami menjelang majlis perkahwinan (kami) esok. Sebagai pemain bola sepak profesional, saya bertuah dan berada pada kedudukan yang istimewa.

"Bagaimanapun, saya menjemput sesiapa sahaja yang bersedia dan boleh membantu menyokong projek khas ini yang sangat dekat dengan hati kami, di mana kami akan lakukan bersama dengan BigShoe," katanya menerusi kemaskini di laman Instagram, pada Khamis.

 

View this post on Instagram

Many fans have asked me, my close relatives and friends about our wishes for tomorrow's wedding. As a professional footballer I am in a fortunate and privileged position. However, I invite everyone who is willing and able to help to support a very special project close to both of our hearts that we will undertake with @big.shoe11! Amine and I will bear the expenses for surgeries of 1000 children in need. I’d be happy if in addition, many more treatments all over the world can be fulfilled. If you would like to help this good cause, please click the link in my bio. I have really taken the team at BigShoe and the passion they treat their young patients with to my heart. BigShoe works alongside German and Swiss Doctors to help children all around the world by providing life changing surgeries. Burns, club feet & clefts are medical conditions that developing countries struggle to treat due to lack of doctors, money and medicine. We have already worked together for surgeries in Brazil (Worldcup 2014), in Africa (2016) and in Russia (2018). Now we want to go the next step and help children worldwide. #M1Ö @gulseamine

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on

 

Jelas Ozil, ia melibatkan pembedahan kanak-kanak yang memerlukan rawatan selain menambah akan berasa lebih gembira sekiranya dapat membantu lebih ramai orang di seluruh dunia.

BigShoe bekerjasama dengan doktor dari Jeman dan Switzerland untuk menyediakan pembedahan yang bakal mengubah nasib kanak-kanak di seluruh dunia.

Jelas Ozil, beliau telah berkolaborasi bersama kumpulan itu dengan melaksanakan pembedahan di Brazil, Afrika dan Rusia pada Piala Dunia, baru-baru ini.

"Sekarang kami mahu bergerak ke peringkat seterusnya dan membantu kanak-kanak di seluruh dunia," ujarnya.

Ozil dan Amine, 25 tahun, yang merupakan bekas ratu cantik Turki mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2018.

Sumber: AWANI