WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MERTENS PECAH REKOD MARADONA

Dries Mertens mengatasi rekod legenda kelab, Diego Maradona dalam senarai penjaring terbanyak


Back To Sports Updates

MILAN: Dries Mertens mengatasi rekod legenda kelab, Diego Maradona dalam senarai penjaring terbanyak Napoli selepas meledak gol ke-82 dirinya dalam kemenangan 2-1 ke atas Cagliari yang mengesahkan kedudukan kedua Serie A musim ini.

Penyerang Belgium itu menanduk masuk gol penyamaan selepas minit ke-85 di Naples untuk mengatasi rekod 81 gol liga Maradona yang dijaringkan dari tahun 1984 sehingga 1991.

Mertens kini adalah penjaring Serie A ketiga terbaik dalam sejarah kelab, di belakang Antonio Vojak, yang meledak 102 gol antara tahun 1929 dan 195 serta Marek Hamsik dari Slovakia, yang mengumpul 100 gol sebelum berpindah ke China musim ini.

“Saya amat gembira dapat mengatasi Maradona dan menjadi sebahagian daripada sejarah Napoli,” kata Mertens, 31, yang tiba ke selatan Itali pada tahun 2013 dari PSV Eindhoven.

“Kami patut bangga dengan kedudukan di tempat kedua. Jika saya mahu menambah jaringan di Itali saya perlu kekal.

“Saya sentiasa katakan yang saya suka di sini, saya masih ada kontrak tahun depan dan saya gembira untuk tinggal di sini.”

Dalam senarai penjaring terbanyak kelab untuk semua pertandingan, Hamsik mendahului dengan 121 gol, diikuti Maradona pada 115 dan Mertens berkongsi tangga ketiga dengan Attila Sallustro pada 107.

Mertens meledak 14 gol musim ini termasuk tiga perlawanan terakhir.

Kedua-dua gelaran Serie A Napoli diraih ketika Maradona masih beraksi pada tahun 1987 dan 1990.

Napoli kini 16 mata di belakang juara Juventus tetapi 10 mata meninggalkan Inter Milan di tangga ketiga dengan tiga perlawanan berbaki.

Sumber: Berita Harian