WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MACAM 'THE FLASH': REMAJA 15 TAHUN INI BAKAL JADI USAIN BOLT MALAYSIA?

Larian seorang pelajar yang menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat


Back To Sports Updates

Larian seorang pelajar yang menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para netizen di laman Facebook.

Menerusi video yang dimuat naik Team Malaysia di laman Facebook, larian remaja yang baru sahaja berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi cukup pantas meninggalkan peserta yang lain.

Atlet muda yang berasal Perak itu berjaya mencatatkan larian 10.63 saat (s).

Komen Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi entri di akaun Twitter peribadinya pula berharap bakat Muhammad Azeem dapat digilap dan tidak dibazirkan.

“Beliau Usain Bolt Malaysia. Majlis Sukan Negara Malaysia dan Institut Sukan Negara Malaysia perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan,” katanya di laman Twitter.

 

 

Nama atlet muda tersebut sebenarnya tidak asing lagi di dunia pecut.

Sebelum ini, beliau memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu.

Digelar "Putera Pecut" ASEAN, beliau meraih pingat emas acara 100 meter (m) dengan mencatat rekod baharu kejohanan iaitu 10.63s sekali gus merupakan catatan terbaharu rekod kebangsaan di bawah 15 tahun.

Sumber: AWANI