WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PIALA FA: SARAWAK REHATKAN BEBERAPA PEMAIN TONGGAK MENGHADAPI PDRM FA

Sarawak merehatkan beberapa pemain tonggak yang belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan menjelang perlawanan tertunda Piala FA 2019


Back To Sports Updates

KUCHING: Sarawak merehatkan beberapa pemain tonggak yang belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan menjelang perlawanan tertunda Piala FA 2019 menentang PDRM FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kuala Lumpur petang ini.

Jurulatih sementara, Mohamad Denny Dai’al berkata pemain sayap, Nur Shamie Iszuan dan Nor Azizi Ramlee masih mengalami sedikit kecederaan selepas perlawanan menentang Kelantan, Sabtu lalu.

Turut dalam senarai pemain-pemain direhatkan ialah pertahanan muda, Badrul Hisham.

“Saya akan pantau keadaan mereka. Jika mereka masih belum cergas sehingga esok (hari ini) kita terpaksa merehatkan mereka.

“Kita tidak mahu mengambil risiko kehilangan pemain-pemain utama untuk mengharungi perlawanan penting menentang Terengganu II pada 13 April ini,” katanya semalam.

Begitupun, Denny tetap menaruh harapan tinggi di bahu pemain-pemain gantian untuk memberikan persembahan terbaik menentang pasukan dengan jolokan ‘The Cops’ di laman lawan petang ini.

“Kita tetap menyasarkan kemenangan untuk mara ke peringkat seterusnya, justeru saingan dijangka getir dari pasukan tuan rumah namun kita bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau juga berharap semua pemain tidak leka dan bermain mengikut apa yang telah dirancang.

Perlawanan kedua-dua pasukan bermula jam 4.45 petang ini.

Sumber: Utusan Borneo