WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

HUDSON WIRA SARAWAK

Penyerang import dari Brazil, Hudson Dias menjadi penyelamat pasukan Sarawak dengan menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Johor Darul Ta’zim II


Back To Sports Updates

KUCHING: Penyerang import dari Brazil, Hudson Dias menjadi penyelamat pasukan Sarawak dengan menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Johor Darul Ta’zim II (JDTII) 1-1 dalam aksi Liga Premier di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Hudson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 selepas Bobby Gonzales dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol lawan.

Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu di depan pada minit ke-11 hasil jaringan pemain tengah dari Argentina, Lucas Elias Ontivero.

“Saya cukup berpuas hati dengan persembahan pemain malam ini. Kita berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

“Pemain kita bermain dengan penuh disiplin sebagai satu pasukan dan berjaya mengikut apa yang telah dirancang dengan baik,” komen pengendali sementara Sarawak, Mohamad Denny Dai’al ketika dihubungi semalam.

Menurut Denny, pasukannya mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol berbanding tuan rumah namun nasib tidak memihak mereka.

Sarawak akan meneruskan kempen Liga Premier menentang Kelantan pada 6 April (Sabtu) di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Ia selepas mereka menentang PDRM FA dalam pertembungan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 2 April ini.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Harry Ilias