WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

MANCHESTER UNITED AKAN KE SINGAPURA, JULAI INI

Manchester United akan ke Singapura, China, Australia dan Wales untuk perlawanan pramusim


Back To Sports Updates

Jelajah pramusim bagi Manchester United akan melibatkan perlawanan dengan Inter Milan di Stadium Nasional Singapura pada 20 Julai, sebelum bertemu Tottenham Hotspur di Shanghai, China pada 25 Julai.

Ini merupakan dua perlawanan yang akan melibatkan United dalam jelajah pramusim di Asia sebelum mengakhiri jelajah pramusim di Wales bertemu AC Milan di Stadium Cardiff Principality pada 3 Ogos.

Perlawanan tersebut adalah tambahan daripada dua perlawanan pra-musim yang diumumkan sebelum ini, menentang Perth Glory dan Leeds United pada 13 dan 17 Julai di Australia.

“Kesemua perlawanan dan jelajah secara keseluruhan, bukan sahaja membantu kami dalam persiapan musim baharu tetapi juga menyediakan hiburan bola sepak dan peluang untuk berinteraksi dengan peminat kami di Australia dan Asia,” kata Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dalam satu kenyataan.

“Ini merupakan lawatan ketiga kami ke Singapura dan yang ke-15 ke China dan kami teruja untuk kembali untuk beraksi menentang pasukan hebat di sana," katanya.

Sekurang-kurangnya empat pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ke China untuk perlawanan pramusim termasuk Manchester City, Newcastle United, West Ham United dan Wolverhampton Wanderers yang akan beraksi pada Trofi Asia Premier League di Nanjing dan Shanghai.

Sumber: AWANI