WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

NICOL AKAN TERUS TERLIBAT DALAM SKUASY

Nicol akan meneruskan minatnya dalam sukan itu menerusi Yayasan Nicol David untuk membantu remaja wanita merealisasikan potensi mereka sepenuhnya


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan persaraannya Februari lepas, Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol David hari ini mengumumkan beliau akan terus melibatkan diri dalam sukan yang dicintainya itu.

"Saya tidak mahu pergi begitu sahaja. Saya percaya saya mempunyai sesuatu untuk dikongsi dan saya mempunyai banyak dalam simpanan yang ingin saya berikan balik dan juga memberitahu masyarakat apa yang skuasy telah berikan kepada saya.

“Saya akan berkongsi perjalanan kerjaya saya dalam beberapa bulan akan datang menerusi tiga video, iaitu PowerDetermination dan Heart," kata atlet berusia 35 tahun itu dalam satu kenyataan hari ini.

Video berjudul Power adalah sebuah kempen motivasi, yang mana Nicol berkongsi perjalanannya di dalam sukan skuasy dan memberikan semangat kepada generasi muda menerusi laman Instagramnya.

Ketiga-tiga video itu memaparkan minat, misi, matlamat dan pengalaman Nicol, yang akan dikongsikan beliau.

Juara dunia lapan kali itu berkata, beliau juga akan berkongsi kempen The Dream Remains sepanjang beberapa bulan akan datang sehingga penghujung musim skuasy Jun ini.

Selepas 20 tahun yang gemilang di dalam skuasy, Nicol akan meneruskan minatnya dalam sukan itu menerusi Yayasan Nicol David untuk membantu remaja wanita merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

Beliau juga akan bekerjasama dengan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk meluaskan lagi kesedaran terhadap skuasy di peringkat sejagat dengan menjadi mentor kepada pemain muda profesional dan menjadi penceramah serta menulis siri motivasi berjudul "Nurturing Belief" yang mana beliau akan berkongsi pembelajaran, latihan dan pengalamannya selaku seorang juara dunia.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu bakal mengakhiri pencapaian gemilangnya dengan 81 gelaran juara PSA daripada 102 final dan memegang rekod kedudukan nombor satu selama 109 bulan berturut-turut dari 2006 sehingga 2015.

Sumber: BERNAMA