WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BELUM MASA 
CHONG WEI KEMBALI

Selepas lebih lapan bulan tidak melihat kelibat Datuk Lee Chong Wei di atas gelanggang, peminat badminton negara terpaksa menunggu lagi


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR 19 Mac - Selepas lebih lapan bulan tidak melihat kelibat Datuk Lee Chong Wei di atas gelanggang, peminat badminton negara terpaksa menunggu lagi untuk melepaskan kerinduan apabila bekas pemain No. 1 dunia itu menarik diri daripada Terbuka Malaysia, bulan depan.

Biarpun semakin sembuh daripada kanser hidung yang dihidapi Julai lalu, namun atas nasihat doktor di Taiwan, Chong Wei diminta tidak kembali ke gelanggang terlalu awal untuk tidak memberi tekanan kepada badannya.

Itu bermakna, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik tersebut bukan sahaja tidak dapat mempertahankan kejuaraan ke-12 yang dimenangi tahun lalu, malah bakal mengalami kejatuhan ranking dunia daripada kedudukan ke-41 ketika ini.

“Ya, saya tidak akan menyertai Terbuka Malaysia kerana ketika ini saya masih memerlukan masa untuk berehat.

“Bagaimanapun, saya tidak kecewa tak dapat beraksi tahun ini kerana bagi saya kesihatan diri adalah lebih penting,” katanya seperti dipetik daripada laman web sinchew.com.my.

Chong Wei, 37, sebelum ini berehat panjang bagi menjalani rawatan kanser hidung yang dihidapi dan merancang untuk kembali beraksi secara kompetitif dalam Terbuka Malaysia selepas gagal untuk melakukannya di All England, sebelum ini.

Bekas pemain No.1 dunia itu juga giat menjalani latihan harian untuk membolehkannya beraksi dalam kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula Mei ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berharap, ketiadaan Chong Wei dapat ditampung dengan baik oleh pemain-pemain muda negara sepanjang kejohanan di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 2 hingga 7 April ini.

Sumber: Utusan Online