WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MISI MESTI MENANG SARAWAK MENENTANG SABAH PETANG ESOK

Pengendali Sarawak Mohd Farhan Abdullah meletakkan misi mesti menang apabila melayan kunjungan Sabah dalam pertembungan ‘Borneo Derby’


Back To Sports Updates

Pengendali Sarawak Mohd Farhan Abdullah meletakkan misi mesti menang apabila melayan kunjungan Sabah dalam pertembungan ‘Borneo Derby’ petang esok di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Selepas dikecewakan Selangor United di saat akhir pada Sabtu lepas, Sarawak tidak diberi banyak pilihan kecuali wajib bangkit untuk mengelak daripada terus tergelincir dalam saingan Liga Premier.

“Kita tidak ada pilihan kecuali perlu menang ke atas Sabah selepas keciciran mata pada perlawanan lepas.

“Untuk itu, saya mahu pemain lebih fokus dan meningkatkan lagi prestasi untuk menghadapi Sabah kerana kita menjangkakan saingan sengit ditampil pihak lawan.

“Sabah sebuah pasukan yang bagus dan berada dalam kedudukan baik ketika ini. Namun ia tidak bermakna kita tidak boleh mengatasi mereka,” ujar Farhan ketika ditemui semasa sesi latihan semalam.

Beliau juga mahu pemain tidak leka terutama pada saat akhir hingga mengagalkan misi untuk memburu mata.

Tegasnya, Sabah pimpinan Jelius Ating juga pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Dalam pada itu, Farhan mengesahkan pemain sayap Abdul Rahim Abdul Razak masih belum dapat diturunkan pada perlawanan Sabtu ini.

Selain itu, peluang pemain bek Benedict Martin juga samar-samar kerana belum cergas sepenuhnya selepas mengalami sedikit kecederaan pada perlawanan minggu lepas.

“Kita akan memantau tahap kecergasan Benedict dalam sehari dua ini. Saya harap kecederaannya tidak terlalu serius dan dapat diturunkan,” katanya lagi.

Perlawanan akan bermula pada jam 4.15 petang.

Sumber: Utusan Borneo