WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

TIGA BEREGU LELAKI LENGKAP AKSI CEMERLANG MALAYSIA

Tiga pasangan beregu lelaki berjaya melengkapkan aksi cemerlang Malaysia selepas melangkah ke suku akhir


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Tiga pasangan beregu lelaki berjaya melengkapkan aksi cemerlang Malaysia selepas melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters di Axiata Arena di sini, hari ini.

Paling cemerlang ialah gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang berjaya menundukkan bekas juara dunia dua kali dan juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan buat kali pertama dalam karier mereka sejak kali pertama bertemu pada 2015.

Kedua-dua pasangan itu sudah bertemu sebanyak empat kali termasuk kali terakhir V Shem-Wee Kiong tewas kepada mereka pada Terbuka Hong Kong, tahun lalu.

Pasangan bebas negara itu meraih kemenangan 21-19, 24-22 ke atas Ahsan-Hendra yang juga juara Olimpik Beijing 2008 untuk menempah pertemuan dengan pilihan ketiga dari Jepun, Hiroyoki Endo-Yuta Watanabe yang menang 27-25, 21-12 ke atas Berry Angriawan-Hardianto.

Turut ke suku akhir, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas menundukkan juara bertahan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 26-24, 21-15 untuk bertemu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan pasangan bebas negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen 21-13, 21-14.

Melengkapkan kemaraan negara, pasangan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menundukkan David Daugaard-Frederik-Sogaard 21-13, 14-21, 21-10 dan mereka akan berdepan cabaran pilihan kedua dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda yang menang 21-17, 21-19 ke atas rakan senegara, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Sumber: Utusan Online