WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CABARAN MALAYSIA DALAM TIGA ACARA PADA TERBUKA DENMARK BERAKHIR

Malaysia tidak menghantar wakil pada Kejohanan BWF World Tour Super 750


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Cabaran negara dalam tiga acara pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2018 berakhir selepas tewas kepada lawan masing-masing pada aksi pusingan pembukaan di Odense, Denmark pada Rabu.

Bekas pemain kebangsaan, Liew Daren menampilkan permainan yang baik sebelum tumpas 15-21, 21-12 dan 20-22 kepada pemain Jepun, Kanta Tsuneyama pada perlawanan yang berlangsung di Odense Sports Park, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga menerima nasib yang sama selepas kalah 19-21, 21-11 dan 16-21 kepada pasangan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada aksi pusingan pembukaan.

Pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula tersingir dari kejohanan yang menawarkan hadiah US$775,000 (RM3.220 juta) selepas ditewaskan oleh pasangan dari Indonersia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Rizki Amelia Pradipta dengan 13-21 dan 11-21 pada aksi pusingan pembukaan.

Malaysia tidak menghantar wakil pada Kejohanan BWF World Tour Super 750.

Sumber: BERNAMA