WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

WELSON PECAH REKOD KEBANGSAAN

Welson, 21, begitupun masih berpeluang untuk menamatkan penantian 16 tahun negara untuk memenangi pingat di kolam renang


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Welson Sim mungkin belum memenangi pingat di Sukan Asia 2018 tetapi perenang negara itu memenuhi impiannya dengan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 800 meter (m) gaya bebas miliknya di Jakarta, Indonesia, semalam.

Pada saingan di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno itu, perenang kelahiran Sarawak itu mencatat masa 8:12.46 saat (s) sekali gus memecahkan rekod berusia tiga tahun dengan kelebihan 0.28s.

Begitupun, dia menamatkan saingan di kedudukan kelapan dan terakhir pada aksi final yang dimenangi perenang China, Sun Yang dengan catatan 7:48.36s.

Pingat perak dimenangi perenang Jepun, Shogo Takeda (7:53.01s) dengan perenang Vietnam, Nguyen Huy Hoang merangkul gangsa (7:54.32s).

Welson, 21, begitupun masih berpeluang untuk menamatkan penantian 16 tahun negara untuk memenangi pingat di kolam renang apabila beraksi dalam acara 400m, hari ini.

Jurulatih negara, Paul Birmingham percaya Welson boleh memenangi pingat jika dia mampu memecahkan rekod kebangsaan miliknya iaitu 3:49.48s.

Catatan terbaiknya dalam acara berkenaan ialah 3:49.65s sekali gus berada di ranking keempat menjelang saringan yang berlangsung di sebelah pagi ini.

Sumber: Berita Harian