WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KOLAROV KEJUTKAN COSTA RICA

Kolarov meraikan gol yang dijaringkannya menerusi sepakan percuma yang mengagumkan ke atas Costa Rica


Back To Sports Updates

SAMARA: Ledakan sepakan percuma Aleksandar Kolarov memberi kemenangan kepada Serbia 1-0 ke atas Costa Rica dalam perlawanan pembukaan kumpulan E semalam.

Bekas pemain Manchester City merembat bola melepasi benteng pertahanan Costa Rica dari jarak 30 meter sebelum mengatasi penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas pada minit ke-56.

Serbia menguasai permainan sejak sepak mula namun Costa Rica terlebih dahulu mengugat gawang Serbia dengan tandukan Giancarlo Gonzalez yang terkena palang.

Bersambung di babak kedua, Serbia dihadiahkan sepakan percuma selepas David Guzman menjatuhkan Aleksandar Mitrovic di sebelah kanan padang.

Kolarov yang terkenal dengan sepakan percuma kaki kirinya yang berbisa di City dan juga Roma, meneruskan reputasinya itu selepas rembatannya menewaskan Navas, yang baru sahaja memenangi Liga Juara Eropah bersama Madrid Mei lalu.

Pada penghujung babak kedua, pemain Serbia Nemanja Matic terlibat dalam pergelutan dengan salah seorang jurulatih Costa Rica, apabila cuba merebut bola yang terkeluar padang.

VAR digunakan untuk memastikan Matic tidak melakukan kesalahan yang boleh menyebabkannya dibuang padang.

Selepas merujuk video insiden tersebut, pengadil dari Senegal, Malang Diedhiou mengambil keputusan untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Matic.

Namun ia tidak berakhir di situ apabila VAR sekali lagi digunakan dalam masa kecederaan babak kedua, selepas Aleksandar Prijovic didakwa melakukan kekasaran ke atas pertahanan Costa Rica.

Selepas merujuk VAR untuk kesalahan kad merah terhadap Prijovic, pengadil hanya memberikan kad kuning kepada pemain Serbia itu.

Sumber: AWANI