WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CHONG WEI TURUN BERDEPAN RUSSIA

Chong Wei sedia menawarkan khidmat nasihat kepada pemain yang dilanda tekanan menghadapi kejohanan utama ini


Back To Sports Updates

Malaysia mahu mengelak risiko diaibkan dalam aksi pembuka tirai Piala Thomas menentang Russia apabila mengesahkan penampilan kapten pasukan, Datuk Lee Chong Wei, sebagai perseorangan pertama.

Antara misi skuad Piala Thomas negara kali ini adalah memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk memikul cabaran negara dan memberikan pengalaman bagi menghadapi kejohanan pada masa akan datang.

Tetapi untuk memastikan Malaysia mara ke pusingan kalah mati, Chong Wei mengesahkan dia akan turun dalam skuad negara untuk membantu meraih kemenangan.

"Saya akan turun beraksi dalam perlawanan berdepan Russia kerana ia merupakan kemenangan yang diperlukan Malaysia dalam usaha memastikan Malaysia mara ke suku akhir atau separuh akhir," katanya.

Chong Wei turut sedia menawarkan khidmat nasihat kepada pemain-pemain yang sedang dilanda tekanan menghadapi kejohanan utama ini dan berharap mereka dapat menampilkan persembahan yang cemerlang.

"Kami akan berbincang dengan pemain-pemain muda mengenai sebarang masalah yang sedang dihadapi. Sebagai pemain paling senior, saya akan cuba membantu mereka," ujarnya.

Malaysia akan bertemu Russia dalam aksi pembukaan Kumpulan D, hari ini.

Sumber: Awani