WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

IBRAHIMOVIC MAHU KE PIALA DUNIA

Ibrahimovic mahu kembali daripada persaraan untuk beraksi di Piala Dunia


Back To Sports Updates

LOS ANGELES: Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic memberi gambaran dia akan tampil dalam Piala Dunia tahun ini apabila mengatakan akan kembali daripada persaraan untuk bermain di Russia.

Dalam penampilannya di rancangan televisyen lewat malam ABC, Jimmy Kimmel, bekas penyerang Sweden itu berkata "ia bukanlah Piala Dunia" jika dia tidak bermain.

Berumur 36 tahun, Ibrahimovic sebelum ini berhati-hati bercerita mengenai harapannya bermain di Piala Dunia untuk Sweden dengan pasukan itu layak ke final buat kali pertama dalam 12 tahun apabila menewaskan Itali dalam pusingan penentuan.

"Saya pergi ke Piala Dunia, ya," kata Ibrahimovic apabila ditanya jika dia akan ke Russia.

Apabila ditanya sama ada dia akan pergi selaku pemain atau dalam kapasiti yang lain, Ibrahimovic bagaimanapun keberatan untuk menjelaskannya.

"Saya hanya berkata saya akan ke Piala Dunia," kata penyerang Los Angeles Galaxy itu. "Jika saya berkata lebih, orang ramai akan menghukum saya, jadi saya perlu lebih berhati-hati dengan apa saya katakan pada masa ini."

Beliau menambah: "Saya maksudkan yang Piala Dunia tanpa saya bukanlah Piala Dunia."

Ibrahimovic kali terakhir bermain di Piala Dunia bersama Sweden pada 2006 dan mengumumkan persaraan daripada perlawanan antarabangsa selepas berakhir Kejuaraan Eropah 2016.

Beliau berkata pada bulan lalu dia mahu memberi tumpuan dalam kariernya bersama Major League Soccer sebelum berfikir mengenai Piala Dunia.

Tetapi dia mengakui dia boleh ke Russia jika diperlukan.

Sumber: BERITA HARIAN