• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

“MOURINHO PATUT KETEPIKAN SANCHEZ”

Scholes mahu memastikan Sanchez yang digugurkan daripada permainan menentang Bournemouth


Back To Sports Updates

DENGAN kemenangan Manchester United 2-0 ke atas Bournemouth, legenda kelab itu, Paul Scholes memberikan nasihat kepada pengurus, Jose Mourinho menjelang pemilihan anggota pasukan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA.

Scholes yang kini bertugas di BT Sport percaya Mourinho seharusnya memulakan Marcus Rashford dan Anthony Martial di posisi Romelu Lukaku, berbanding membenarkan Alexis Sanchez mengambil salah satu peranan besar itu.

Manchester United akan bertembung dengan Tottenham di Wembley pada saingan separuh akhir Piala FA pada Sabtu ini.

Scholes mahu memastikan Sanchez yang digugurkan daripada permainan menentang Bournemouth, kembali turun padang di Wembley.

"Saya fikir keputusan besar adalah siapa yang memainkan posisi (Romelu) Lukaku," kata Scholes. 

"Saya memilih (Marcus) Rashford dan (Anthony) Martial tetapi saya fikir beliau mungkin akan membawa Sanchez kembali ke dalam pasukan.

"Saya tidak fikir pasukan yang dibentuknya sudah cukup baik. 

"Sudah tentu ada pemain yang hebat di sana tetapi di Manchester United dia tidak menunjukkannya lagi. Saya fikir Martial dan Rashford adalah pilihan yang lebih baik," katanya.

Sumber: mStar