WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KUARTET NEGARA KE FINAL 4X100M BUAT PERTAMA KALI DI SUKAN KOMANWEL

Kuartet 4x100m lelaki mencipta sejarah tersendiri apabila menempah slot ke final acara itu buat pertama kali pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast


Back To Sports Updates

GOLD COAST, 13 April (Bernama) -- Kuartet 4x100m lelaki mencipta sejarah tersendiri apabila menempah slot ke final acara itu buat pertama kali pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Gandingan raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap, Jonathan Nyepa dan Nixson Kennedy itu mencatatkan masa ketujuh terpantas iaitu 39.39s daripada dua peringkat saringan di Carrara Sports and Leisure Centre.

Final pada Sabtu, kuartet negara akan berentap dengan England yang mencatatkan 38.15s, Jamaica (38.44s), Nigeria (38.52s), Afrika Selatan (38.71s), Australia (38.78s), Barbados (38.95s) dan Sri Lanka (39.47s).

Jurulatih pecut skuad olahraga negara, Mohd Poad Kassim ternyata berbangga dengan kejayaan tersebut walaupun terlepas peluang memecahkan rekod kebangsaan 39.27s yang dilakukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

"Akhirnya sejarah tercipta di bumi Gold Coast apabila mereka berjaya layak ke final dan catatan masa dilakukan juga amat bagus.

“Mereka akan mencuba sekali lagi untuk memberikan tentangan sengit kepada negara lain. Sasaran kita adalah memecahkan rekod kebangsaan di final esok,” katanya selepas perlawanan, hari ini.

Sumber: BERNAMA