WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SALAH

Mohamed Salah : Pemain Terbaik Afrika BBC


Back To Sports Updates

LONDON: Bintang Mesir, Mohamed Salah meraih Anugerah Pemain Terbaik Afrika BBC 2017 susulan prestasi memukau yang ditampilkan di Liverpool, Roma dan pasukan kebangsaan.

Pemain berusia 25 tahun itu mendahului undian yang menyaksikannya membawa Mesir ke perlawanan akhir Piala Negara Afrika dan kemudian membantu Mesir tampil buat pertama kali dalam aksi Piala Dunia sejak 1990, menjaringkan lima gol dan menyumbangkan dua gol lagi ketika pusingan kelayakan.

Salah, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol setakat ini, turut muncul penjaring terbanyak dalam semua perlawanan kelab Serie A ketika bersama Roma pada sebelum berpindah ke Merseyside - AFP