WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TOTTENHAM IKAT VICTOR WANYAMA LIMA TAHUN

TOTTENHAM mengumumkan kejayaan menandatangani pemain tengah Southampton, Victor Wanyama


Back To Sports Updates

TOTTENHAM mengumumkan kejayaan menandatangani pemain tengah Southampton, Victor Wanyama (gambar) dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta pada Khamis.

Wanyama, 24, hampir menyertai Tottenham pada musim lalu namun telah dipaksa untuk kekal di Southampton, lapor Daily Mail.

Bagaimanapun, pemain itu akhirnya berjaya menyertai Tottenham dengan kontrak selama lima tahun untuk kembali bertemu bekas jurulatihnya Mauricio Pochettino.

Pemain kelahiran Kenya itu berhijrah dari Celtic ke Southampton pada Julai 2013 tetapi tidak dilanjutkan kontraknya dan bakal meninggalkan kelab tersebut secara percuma pada akhir musim depan.

"Saya menulis dengan hati yang berat untuk mengumum saya akan tinggalkan Southampton.

"Seperti yang kamu bayangkan bertapa emosional untuk saya katakan selamat tinggal kepada kelab yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi pemain bola sepak pertama dari Kenya beraksi di Liga Perdana Inggeris," katanya menerusi laman web kelab tersebut.

Sepanjang di Southampton, Wanyama membuat 92 penampilan dan menjaringkan empat gol.

 

Dia juga licik menyekat kemaraan lawan selain menerima tiga layangan kad merah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Sumber: mStar