WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PERLAWANAN PENTING UNTUK PERBAIKI KELEMAHAN PEMAIN

Dua perlawanan persahabatan menentang Selangor PKNS dan Kuala Lumpur amat penting untuk memperbaiki setiap kelemahan


Back To Sports Updates
Dua perlawanan persahabatan menentang Selangor PKNS dan Kuala Lumpur amat penting untuk memperbaiki setiap kelemahan dalam pasukan untuk menghadapi perlawanan dalam Liga Super dan Piala Malaysia.
 
Jurulatih sementara Sarawak, David Usop berkata, tumpuan ketika ini adalah untuk memperkemas dan mempertajamkan jentera serangan serta mengukuhkan benteng pertahanan terutama selepas ketiadaan Davide Grassi.
 
"Bagi saya dua perlawanan persahabatan ini amat penting untuk memperbaiki setiap kelemahan dalam skuad ini sebelum liga bersambung.
 
"Diharapkan pemain dapat menggunakan perlawanan ini sebagai landasan meningkatkan prestasi dan mengembalikan momentum selepas berehat," katanya.
 
Menurutnya, dua perlawanan itu juga akan digunakan untuk menguji keupayaan pemain import yang sedang menjalani ujian iaitu Teah Dennis (Liberia), Andrei Alexandru Cordos (Romania) dan Vladimir Otasevic (Serbia).
 
Tambahnya, beberapa lagi pemain pertahanan baharu dijangka mencuba nasib dalam dua perlawanan persahabatan tersebut.
 
Sarawak akan berlepas hari ini dan dijangka menentang Selangor PKNS pada 25 Jun bertempat di Padang Bola Sepak PKNS disusuli pertemuan menentang Kuala Lumpur di Padang USJ pada 28 Jun.
 
Dalam pada itu, David sekali lagi bertegas tidak terlalu meletakkan impian tinggi dalam kempen Piala Malaysia 2016 yang akan bermula pada 13 Julai depan.
 
Ini tegasnya disebabkan jadual perlawanan yang terlalu padat kerana diselangselikan dengan perlawanan Liga Super.
 
“Sukar untuk meramalkan peluang kita kerana saingan dijangka amat sengit.
 
“Apapun saya tetap dengan misi utama iaitu memastikan Sarawak dapat kekal dalam saingan Liga Super pada tahun depan.”

Sumber: Sarawakiana