WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PEMAIN TERUJA, NAMUN DAVID HORMAT PKNS FC

Mengakui sukar, tetapi Sarawak akan bertandang ke Stadium Shah Alam Sabtu ini dengan misi sekurang-kurangnya satu mata


Back To Sports Updates

Mengakui sukar, tetapi Sarawak akan bertandang ke Stadium Shah Alam Sabtu ini dengan misi sekurang-kurangnya satu mata.

Ketua Jurulatihnya, David Usop, mengakui ia tugas yang berat namun tidak ada yang mustahil.

“Kita menghormati kemampuan dan kekuatan pasukan lawan, PKNS Selangor yang kini berada di kedudukan keenam liga.

“Malah kita hormati para pemainnya yang bukan sahaja kreatif malah berpengalaman seperti Safee Sali, Patrick Wleh dan pelbagai.

“Ia membakar semangat pemain saya agak teruja untuk menghadirkan saingan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium C, Petra Jaya petang semalam.

David berkata, beliau gembira kerana kebanyakan pemainnya sudah pulih dari kecederaan termasuk Mohamad Hafiz dan Abdul Rahim Razak. Manakala Jong Ho-lee sudah dibuka jahitan pada mukanya, biarpun masih berbalut.

“Keadaan mental pemain juga semakin pulih selepas mengalami kekalahan tipis kepada Melaka United dalam aksi tempat sendiri pada Sabtu,” tambahnya.

Jelasnya, dengan menurunkan hampir semua kesebelasan utama, beliau mahu anak-anak buahnya memberikan saingan kepada lawan.

“Kita sedar, lawan yang ditemui adalah pasukan yang kuat dan dibarisi pemain-pemain berpengalaman.

“Namun kita akan berusaha untuk pastikan para pemain dapat memberi saingan dan berada sama ‘par’ dengan mereka.

Tegasnya lagi, tumpuan juga diberikan untuk mempertajam sentuhan gol selain mengurangkan kesilapan apabila menghantar bola.

Dengan keserasian yang semakin terasa, David yakin semangat dan kerjasama berpasukan yang dijalinkan akan membawa pasukan ini lebih jauh, malah tidak mustahil dalam perlawanan ini.

Pada Sabtu ini, para wira Ngap Sayot ini akan bermain pada sebelah petang, satu-satunya pengalaman yang belum pernah dilalui mereka berbanding lawan.

“Saya harap mereka dapat menyesuaikan diri secepat mungkin, terutama dengan bahang petang.

Kerana faktor ini jugalah tambahnya, beliau akan membawa pemain-pemain muda bagi menyaingi para pemain PKNS yang bukan sahaja pantas, tetapi cergas.

“Kita berharap dapat mencipta sesuatu, dan menemui kembali momentum kemenangan seperti yang berlaku di Stadium Batu Kawan,” katanya.

 

Sumber:– Sarawakvoice