WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ZII JIA ‘BUNGKUS’ AWAL

Lee Zii Jia Gagal Dalam Misinya - Sumber Foto Ihsan BAM


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal dalam misinya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023).

Pemain nombor empat dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 19-21, 26-21 pada aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Sebagai rekod, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia di tangan lawan berkenaan selepas turut kecundang ketika saingan Master Indonesia, Januari lalu.

Kemenangan menyaksikan Ka Long yang menghuni ranking ke-17 dunia akan bertemu pemain Jepun, Kanta Tsuneyama bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sebelum kejohanan di Dubai itu, Zii Jia sempat ‘berguru’ selama dua minggu di Hong Kong bagi menjalani latihan bersama barisan pemain negara itu termasuklah Ka Long.

Pada edisi tahun lalu di Manila, Filipina, Zii Jia muncul juara Asia buat kali pertama selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di pentas final.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini