WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KELAB RONALDO TUKAR JURULATIH

Al Nassr berpisah dengan Rudi Garcia


Back To Sports Updates

RIYADH - Kelab baru Cristiano Ronaldo, Al Nassr berpisah dengan jurulatihnya dari Perancis, Rudi Garcia. 

“Al Nassr mengumumkan bahawa ketua jurulatih Rudi Garcia meninggalkan kelab menerusi persetujuan bersama, kata kelab itu dalam satu kenyataan di Twitter. 

"Ahli majlis dan semua orang di Al Nassr mengucapkan terima kasih kepada Rudi dan stafnya kerana dedikasi sepanjang lapan bulan lalu."

Garcia, 59, dilantik Julai tahun lalu dan meninggalkan Al Nassr di kedudukan kedua Liga Arab Saudi, tiga mata di belakang pendahulu, Al Ittihad.

Terdahulu, Garcia melatih Lille, Marseille dan Lyon di negara kelahirannya dan dua setengah tahun mengetuai Roma di Itali. 

Ronaldo,38, menyertai kelab berpangkalan di Riyadh itu pada Disember menerusi perjanjian hingga Jun 2025. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini