WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BAYERN GANTUNG, DENDA MANE KERANA BERGADUH

Bayern Munich menggantung Sadio Mane selepas bergaduh dengan Leroy Sane - Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

BERLIN - Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane digantung untuk satu perlawanan apabila bergaduh dengan Leroy-Sane selepas kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Man City. 

Bekas pemain sayap City, Sane ditumbuk di muka oleh penyerang Senegal itu hingga luka di bibir selepas kekalahan awal pagi , lapor Akhbar Bild. 

Menurut Bayern, Sadio Mane,31, tidak akan berada dalam skuad FC Bayern untuk aksi di laman sendiri berdepan 1899 Hoffenheim Sabtu ini. 

Ia disebabkan salah laku oleh Mane selepas perlawanan FC Bayern dalam Liga Juara-Juara di Manchester City. 

Sebagai tambahan, Mane juga akan didenda, walaubagaimanapun, Bayern enggan mengulas lanjut mengenai pergaduhan itu. 

Sumber: Berita Harian 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini