WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PEMAIN BOLA SEPAK, MATI DITIKAM DI SEPANYOL

Pemain kelab Chipioana CF, Francisco Naval Perez,24, terbunuh dan polis berjaya menahan suspek - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

CADIZ, SEPANYOL - Seorang pemain bola sepak mati ditikam dalam serangan rambang di selatan Sepanyol.

Pemain kelab Chipioana CF, Francisco Naval Perez,24, terbunuh dan polis berjaya menahan suspek berusia 20 tahun.

Suspek berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, kini dalam tahanan pihak polis.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, dia menikam Perez atau lebih mesra dikenali sebagai Paco, dengan menggunakan pisau besar di dada tanpa sebarang sebab. Insiden berkenaan diklasifikan sebagai serangan rambang.

"Sukar untuk kami mulakan, perkara ini seperti mimpi ngeri, namun malangnya ia adalah realiti. Pemain kami, Paco Naval Perez meninggalkan kami, dia meninggal dunia pagi tadi," kata kelabnya, Chipiona CF.

Paco yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, meninggal dunia di hospital selepas ditikam di dada dalam serangan yang berlaku di Cadiz, sekitar jam 2 petang.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini