WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RODGERS DIPECAT SEKALI LAGI DIPECAT

Dua pengendali kelab Liga Perdana Inggeris hilang jawatan mereka serentak - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

LONDON - Dua pengendali kelab Liga Perdana Inggeris hilang jawatan mereka serentak buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun, semalam.

Brendan Rodgers dipecat oleh Leicester apabila kelab itu tergelincir ke zon penyingkiran susualan kekalahan 2-1 kepada Crystal Palace pada Sabtu.

Rodgers, 50, merupakan pengendali ke-12 yang dipecat dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia tiba di Leicester dari Celtic pada Februari 2019 dan membawa mereka memenangi Piala FA serta Perisai Komuniti pada tahun 2021.

Pada musim lalu, Rodgers turut membawa Leicester ke separuh akhir Liga Konferens Eropah tetapi pencapaian musim ini memaksa kelab mengambil tindakan untuk melepaskannya.

Leicester pula membuat pengumuman lebih awal sebelum Chelsea mengumumkan pemecatan Graham Potter pada sebelah malam.

Menurut sumber, Rodgers dan Potters merupakan pengendali Kelab Liga Perdana Inggeris pertama yang kehilangan jawatan mereka serentak pada hari yang sama di pertengahan musim sejak 4 Oktober 2015.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini