WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AHLI PERNIAGAAN ARAB SAUDI SANGGUP BAYAR LEBIH RM11 JUTA UNTUK JUMPA RONALDO

Mushref Al-Ghamdi membida sebanyak AS$2.66 juta (RM11.53 juta) untuk tiket ‘Beyond Imagination’


Back To Sports Updates

LONDON – Ahli perniagaan Arab Saudi, Mushref Al-Ghamdi membida sebanyak AS$2.66 juta (RM11.53 juta) untuk tiket ‘Beyond Imagination’ yang membolehkannya bertemu bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan pemain hebat Argentina, Lionel Messi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelongan sedang diadakan untuk mendapatkan tiket itu melibatkan perlawanan antara pasukan XI Saudi All-Star menampilkan pemain kelab bola sepak Al-Hilal dan Al-Nassr iaitu kelab baharu Ronaldo menentang Paris Saint-Germain diwakili Messi di Riyadh pada 19 Januari ini.

Lelongan akan ditutup pada 17 Januari ini dan Al-Ghamdi yang merupakan pengurus besar kumpulan hartanah AqarOne mendahului pembida lain dengan tawaran lumayannya, demikian menurut Reuters.

Selain menonton perlawanan, pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk memasuki kedua-dua bilik persalinan sekali gus bertemu Ronaldo dan Messi.

Ia menjanjikan satu majlis istimewa dengan Ronaldo akan membuat penampilan sulung di Arab Saudi selepas menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Al-Nassr bulan lepas.

Sebelum ini, pemain berusia 37 tahun itu memeterai perjanjian bernilai £175 juta (RM927 juta) setahun yang akan berkuat kuasa sehingga 2025 tetapi terpaksa menunggu perlawanan pertamanya atas pelbagai sebab kerana kelab tersebut mempunyai terlalu ramai pemain asing.

Messi akan tamat kontrak di PSG pada musim panas tahun ini dan mungkin ‘tergoda’ dengan Asia Barat untuk berpindah ke kelab pesaing Al-Nassr iaitu Al-Hilal yang sanggup membayarnya sebanyak £245 juta (RM1.2 bilion) setahun untuk Messi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini