WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PIALA DUNIA: PELUANG TERBAIK BUAT ENGLAND

Pickford mengakui bahawa England turut memiliki skuad yang ampuh untuk mengekang Perancis pada aksi suku akhir nanti. – AFP


Back To Sports Updates

DOHA – Penjaga gol England, Jordan Pickford mengingatkan rakan sepasukannya bahawa pentas Piala Dunia kali ini menjadi peluang terbaik untuk menewaskan Perancis ketika kedua-dua pasukan bakal bertemu di suku akhir di Stadium Al Bayt, Ahad ini.

Walaupun sedar kualiti sera­ngan yang dimiliki Perancis, Pickford merasakan seluruh skuad The Three Lions wajar memanfaatkan kesempatan ini kerana ia mungkin menjadi peluang sekali dalam seumur hidup.

Sekalipun penyerang muda Les Bleus, Kylian Mbappe sedang berada pada prestasi terbaik dengan lima gol, Pickford sentiasa yakin England juga tidak kurang hebatnya untuk mengatasi juara bertahan itu.

“Perancis adalah pasukan juara bertahan dan mereka miliki pemain berkualiti termasuk Mbappe. Sudah pasti mereka akan menjadi lawan yang cukup sukar, namun selepas ini kami mungkin tidak dapat lagi peluang untuk tewaskan Perancis.

“Jadi, ini bakal menjadi detik besar buat England untuk cuba tewaskan Perancis di suku akhir. Mereka juga perlu rasa bimbang dengan kualiti kami khususnya di jentera serangan.

“Kami memiliki pengalaman di Piala Dunia dan saingan Eropah. Segala kekecewaan beri kami pengajaran dan perkara asas tetap sama iaitu kami perlu kekal bersama dalam apa juga rinta­ngan,” katanya.

Aksi dengan Perancis kali ini bakal menjadi kap ke-50 buat Pickford dan kini turut berada pada tahap terbaik apabila tidak bolos dalam tiga aksi terakhir.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini