WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KARIER MAGUIRE BAGAI ‘DIHUJUNG TANDUK’

MAGUIRE gagal menembusi kesebelasan utama bersama United dan dia juga gagal memberikan impak bersama England. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Kekuatan mental dan semangat juang pertahanan England, Harry Maguire mula menjadi tanya tanya selepas sekali lagi membuat kesilapan mudah yang memberikan impak besar kepada The Three Lions pada kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Selain meletakkan kedudukannya dalam bahaya untuk menyertai pasukan ke Piala Dunia, Maguire seakan tia­da pilihan lain kecuali segera mencari ‘jalan keluar’ untuk mengembalikan semula reputasi sebagai antara pertahanan termahal dunia.

Bekas pertahanan England, Jamie Carragher merasakan Maguire perlu mengambil tanggungjawab ke atas apa yang dihadapinya sekarang dan harus merebut semula tempatnya bersama Manchester United.

“Soalan saya kepada Magui­re, adakah dia masih memiliki keazaman yang sama seperti dahulu? Terlalu kerap (melakukan kesilapan) seolah-olah dia sedang memikul masalah dunia dan dia tidak ubah seperti ‘ar­nab’ yang terkejut.

“Tahun lepas saya ada menulis yang Maguire sedang berjuang dengan kariernya di United, namun saya fikir di pe­ringkat kelab dia sudah pun terlambat dan sekarang ia menjadi masalah buat England.

“Dia perlu menjadikan musim ini adalah yang terakhir di Old Trafford dan perlu bermula semula. Ketika saya menyaksikannya dalam dua perlawanan lepas, saya begitu simpati dengannya dan situasi sekarang bukan sesuatu yang bagus bagi seorang pemain bola sepak.

“Apapun, simpati sahaja tidak cukup untuk mengembalikan prestasinya seperti yang pernah ditunjukkan dua tahun lalu,” katanya.

Dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah, Maguire ‘mengha­diahkan’ penalti dan kesilapannya yang lambat menutup ruang membolehkan Jerman meraih gol kedua untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 3-3.

Rentetan kemerosotan prestasi dan kesilapan yang dilakukan, Maguire jelas berada dalam situasi sukar apabila sering mendapat ejekan daripada penyokong sendiri.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini