• LISTEN NOW ON AIR

    12/09/22 - 12/09/22

WHAT'S NEXT

12/09/22 - 12/09/22

THOMAS TUCHEL DIPECAT TANPA SEBARANG ‘BELAS IHSAN’

Tuchel gagal mempamerkan prestasi konsisten seperti yang diharapkan pada saingan musim baharu


Back To Sports Updates

PENGURUSAN tertinggi Chelsea tidak menunjukkan sebarang ‘belas ihsan’ apabila bertindak memecat pengurusnya, Thomas Tuchel selepas skuad The Blues tewas 0-1 kepada Dinamo Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Maksimir awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Tuchel gagal mempamerkan prestasi konsisten seperti yang diharapkan pada saingan musim baharu sehingga menyaksikan pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly memecat khidmat pengendali import dari Jerman itu berkuat kuasa serta merta.

Kelab menerusi satu kenyataan memberitahu, Chelsea mengucapkan terima kasih kepada bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu selepas hampir 20 bulan berbakti bersama The Blues sejak dilantik awal tahun lalu.

“Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Tuchel dan barisan kejurulatihan yang memberikan komitmen penuh sepanjang membimbing pasukan ini.

“Tuchel akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah Chelsea selepas membantu pasukan menjuarai Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia pada tahun lalu.

“Namun, pengurusan tertinggi yang baharu percaya keputusan ini dibuat demi kelangsungan pasukan untuk memastikan kelab ini terus maju selain dapat memberikan aksi kompetitif pada masa akan datang,” katanya.

Difahamkan, The Blues sedang berusaha untuk merisik pengendali Brighton, Graham Potter dan jurulatih yang kini bergelar ejen bebas, Mauricio Pochettino.

Boehly sebelum ini telah mengeluarkan dana sebanyak £260 juta (RM1.1 bilion) pada jendela perpindahan lepas untuk memastikan Chelsea kekal kompetitif pada musim baharu ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini