WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

TUCHEL MENGAMUK CHELSEA TERLALU LEMBIK

CHELSEA mengalami kekalahan mengejut buat kali kedua berturut-turut di tempat lawan musim ini. – AFP


Back To Sports Updates

SOUTHAMPTON – Kekalahan 1-2 kepada Southampton di Stadium St. Mary awal pagi semalam menyebabkan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel membuat kenyataan pedas apabila melabel pasukannya terlalu lembik dan mudah untuk ditewaskan.

Ia memberi gambaran jelas terhadap persediaan The Blues menghadapi aksi-aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat lawan musim ini selepas turut ­tewas mengejut 0-3 kepada Leeds United di Elland Road ­minggu lalu.

“Jelas sekali kami tidak begitu memberikan cabaran untuk cuba memenangi perlawanan di tempat lawan. Apa yang kami tunjukkan adalah sama seperti tewas kepada Leeds sebelum ini.

“Kami hilang fokus, gagal me­laksanakan perancangan dan jelas situasi ini meletakkan kami terlalu mudah untuk ditewaskan. Kami juga terlalu mudah hilang keseimbangan.

“Sekarang kami perlu segera mencari jalan penyelesaian,” katanya yang begitu kecewa gagal mempertahankan kelebihan gol pertama menerusi Raheem Sterling pada minit ke-23.

Bintang muda tuan rumah, Romeo Lavia muncul pencetus kebangkitan Southampton apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-28.

Penyerang, Adam Armstrong muncul wira The Saints apabila menyumbangkan jaringan kemenangan di hujung separuh masa pertama perlawanan.

Dalam masa sama, pengurus dari Jerman itu tidak gembira dengan kualiti pemainnya ketika melaksanakan tugasan bertahan dan menyifatkan kedua-dua gol daripada Southampton tidak sepatutnya berlaku.

“Aspek pertahanan yang cukup lemah. Apa yang boleh menghentikan situasi ini adalah dengan mentaliti yang betul dan barisan pemain perlu serlahkannya melalui cara berbeza.

“Dua gol itu terlalu mudah dan tidak patut berlaku. Kami boleh mengelaknya daripada berlaku jika lebih bersedia untuk memenangi perlawanan di tempat lawan,” jelas Tuchel.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini