• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

EPL: FASA ‘KELAHIRAN SEMULA’ MANCHESTER UNITED

UNITED meraih kemenangan pertama menewaskan Liverpool selepas berdepan dua kekalahan pada awal musim. – TWITTER MANCHESTER UNITED


Back To Sports Updates

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyifatkan kelab itu berjaya mengharungi fasa ‘kelahiran semula’ selepas mengatasi Liverpool 2-1 di Old Trafford awal pagi semalam.

Keputusan drastik pengurus dari Belanda itu untuk tidak menyenaraikan Cristiano Ro­naldo dan Harry Maguire dalam ke­sebelasan utama jelas membuahkan hasil apabila The Red Devils menyerlahkan kualiti permainan yang cukup baik.

“Kita boleh bercakap tentang taktikal, tetapi segalanya tentang sikap. Adanya komunikasi, semangat juang dan mereka sebenarnya boleh bermain bola sepak dengan baik.

“Saya mahukan sikap berbeza dan itulah yang membuatkan saya cukup berpuas hati. Saya katakan kepada pemain, kamu perlu berubah, bermain sebagai satu pasukan dan tunjukkan keberanian.

“Saya gembira dengan keputusan ini, namun mereka perlu te­ruskan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Walaupun Mohamed Salah turut meledak buat The Reds, dua jaringan daripada Jadon Sancho dan Marcus Rashford sudah memadai bagi United mengesahkan tiga mata pertama musim ini selepas dihimpit kekalahan pada dua perlawanan awal.

Liverpool yang hilang sembilan pemain ekoran masalah kecederaan nyata mengharungi detik paling mengecewakan musim ini apabila melepaskan banyak mata berharga dalam tiga aksi awal.

Pada perlawanan itu juga, James Milner dirakam bertelagah dengan Virgil Van Dijk kerana pertahanan dari B­elanda itu tidak bertindak pantas menutup ruang hingga me­nyaksikan Sancho meledak gol pertama United.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini