WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

NEYMAR GELAR MBAPPE PEMILIK PSG

NEYMAR dan Kylian Mbappe bergaduh lagi, sekali gus mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kem PSG


Back To Sports Updates

PARIS: Pertahanan ve­teran, Sergio Ramos terpaksa campur ­tangan apabila Kylian Mbappe dan Neymar bergaduh lagi ­selepas Paris Saint-Germain (PSG) melakar kemenangan da­­­lam saingan Ligue 1 hujung ­minggu lalu.

Ramos terpaksa me­misah­kan dua ‘superstar’ kelab itu yang bertelagah dalam bilik persalinan biarpun PSG melakar kemenangan 5-2 ke atas Montpellier.

Kedua-dua bintang pe­nye­rang itu bergaduh mengenai siapa patut mengambil sepakan penalti dalam pasukan.

Neymar tidak membenarkan Mbappe mengambil penalti kedua PSG ketika perlawanan selepas percubaan pertama penyerang Perancis itu diselamatkan penjaga gol lawan.

Ketegangan dalam skuad muncul semula di dalam dan luar padang, dengan Mbappe gagal mengambil bola daripada pemain Brazil itu, yang melangkah dan menjaringkan gol dari sepakan penalti.

Walaupun skuad bimbingan Christophe Galtier itu mencatat kemenangan ketegangan antara kedua-dua bintang itu tidak dapat dipadamkan.

Situasi kurang enak ini datang kembali sebulan selepas laporan muncul bahawa ­Lionel Messi dan Mbappe berada dalam ‘konflik’ mengenai masa depan Neymar.

Mbappe didakwa menyuara­kan kebimbangan mengenai masalah disiplin yang mungkin ditimbulkan Neymar kerana gaya hidupnya yang sukar berpesta di Paris.

Dilaporkan terdapat unsur persaingan antara dua ‘superstar’ tersebut, terutama ­dengan status Neymar sebagai antara penerima gaji tertinggi.

Keadaan tersebut mencetuskan perpecahan dalam bilik persalinan.

Kesan insiden hujung ming­gu itu berterusan apabila Neymar bertindak menekan tanda suka dalam dua laman sosial yang menyelar Mbappe.

“Selepas perlawanan, jurulatih berkata bahawa Mbappe akan menjadi pemain utama pasukan untuk musim ini.

“Ia perkara yang tidak masuk akal,” tulis Neymar yang turut menyindir Mbappe sebagai ‘pemilik PSG.’

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini