WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ELON MUSK MAHU BELI MANCHESTER UNITED

MUSK membuat ciapan di laman Twitter mengenai keinginannya untuk membeli United. - AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk membuat kejutan apabila dilaporkan sedang mempertimbangkan potensi untuk menguasai pemilikan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Musk membuat ciapan tersebut menyebabkan timbul pelbagai reaksi mengenai perkara tersebut, namun belum dapat dipastikan sama ada urusniaga berkenaan akan benar-benar berlaku atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutid Tesla itu sebelum beberapa kali melakukan melakukan ciapa yang tidak berkaitan dengan niat sebagai gurauan semata-mata.

“Saya mahu membeli Manchester United terima kasih,” kata Musk yang memuat naik ciapan itu di laman Twitter.

Para penyokong United ketika ini mengadakan protes besar-besaran untuk memaksa pemilik semasa, keluarga Glazer melepaskan pegangan saham mereka kerana dituduh sebagai punca kejatuhan prestasi pasukan itu sejak sedekad lalu.

United kemarau kejuaraan EPL sejak hampir 10 tahun lalu selepas kali terakhir memenangi ketika era Alex Ferguson masih menjadi pengurus dan selepas itu mereka terus gagal untuk berada pada prestasi terbaik termasuk gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Keluarga Glazer menjadi pemegang saham terbesar kelab berkenaan selepas membelinya pada harga £790 juta (RM 4.27 bilion) pada 2005, namun penglibatan mereka dalam membentuk saingan Liga Super Eropah mendapat tentangan hebat penyokong sekali gus menyebabkan mereka didesak untuk melepaskan pemilikan berkenaan.

The Red Devils ketika ini dinilai pada harga £1.72 bilion (RM9.3 bilion) dan para peminat mereka memasang impian agar Musk membatalkan hasrat untuk menguasai Twitter sebaliknya menjadi pemilik baharu kelab berkenaan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini