WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CHELSEA, MAN UNITED BEREBUT BINTANG BARCELONA

Penyerang Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang menjadi rebutan dua kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Manchester United. - Foto AFP


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United sedang bersaing dengan Chelsea untuk mendapatkan penyerang Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang.

The Red Devils semakin terdesak mahu mempertajamkan jentera serangannya dan tumpuan pengendalinya Erik ten Hag kini ke arah bekas kapten Arsenal itu.

United pernah cuba memujuk Aubameyang ke Old Trafford sebelum pemain Gabon itu meninggalkan Stadium Emirates pada Januari lalu.

Barcelona sendiri sedia melepaskan Aubameyang dalam usaha pengendalinya Xavi merombak skuad berkenaan.

Sepanjang jendela perpindahan musim panas ini, Barcelona berjaya menandatangani Robert Lewandowski, Raphinha, Franck Kessie dan Andreas Christensen.

United bagaimanapun berdepan cabaran besar untuk menarik minat Aubameyang, berbanding Chelsea.

Aubameyang, 33, pernah bekerjasama di bawah pengendali Chelsea sekarang, Thomas Tuchel ketika di Borussia Dortmund.

Pentas Liga Juara-Juara Eropah berbanding Liga Europa juga menjadi rangsangan buat Aubameyang untuk memilih ke Stamford Bridge daripada ke Old Trafford.

United juga bersaing dengan Chelsea untuk mendapatkan tandatangan seorang lagi bintang Barca, Frenkie De Jong.

Walaupun De Jong pernah menjadi pemain Erik ten Hag di Ajax, dia dilihat lebih cenderung untuk bersama pasukan yang bersaing di pentas elit Eropah.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini