WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

EPL: PENGURUS BRENTFORD DEDAH CARA HANCURKAN THE RED DEVILS

MARTINEZ gagal memberikan aksi terbaik sepanjang dua perlawanan menyebabkan prestasinya mula dipertikai. – AFP


Back To Sports Updates

BRENTFORD – Pengurus Brentford, Thomas Frank mengakui bahawa skuad kendaliannya menjadikan Lisandro Martinez sebagai sasaran utama ketika turun menewaskan Manchester United 4-0 awal pagi semalam.

Martinez yang dibeli dari Ajax bulan lalu dibawa keluar pada separuh masa pertama selepas dia bergelut untuk meng­atasi aksi fizikal yang dipamerkan pemain Brentford.

Pemain berusia 24 tahun yang hanya memiliki ketinggian 175 sentimeter (sm) itu turut gagal memberikan aksi terbaik ketika United tewas 1-2 kepada Brighton di Old Trafford minggu lalu, menyebabkan kesesuaian fizikalnya untuk beraksi sebagai pemain pertahanan tengah mula dipertikai.

“Sudah tentu kami melihat apa yang dilakukan oleh Brigh­ton sebelum ini. Cara mereka bermain seperti kami.

“Biasanya Brighton membentuk serangan menerusi penjaga gol, mereka menggunakan hantaran jauh dan kami melihat perkara itu. Kami sedar bahawa kami mempunyai kelebihan itu dan menggunakannya.

Pengkritik bola sepak England, Jamie Redknapp mendedahkan bahawa Martinez tidak sesuai beraksi di bahagian pertahanan tengah dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan dia juga menjadi pemain yang pa­ling rendah di posisi berkenaan.

“Dengan ketinggian sebegitu, anda tidak mampu ber­saing dalam liga ini. Dia mungkin mampu bermain baik di Belanda kerana saingan tidak terarah kepada isu fizikal. Berada di sini, setiap pasukan akan cuba memanipulasi setiap kelemahan seperti yang dilakukan Brentford dan Brighton.

“Dengan ketinggian 175sm adalah terlalu kecil untuk seorang pemain pertahanan te­ngah. Dia perlukan masa untuk sesuaikan diri, mungkin dia boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan kerana secara teknikal, dia adalah pemain yang baik,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini