WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TEN HAG MUNGKIN TINGGALKAN UNITED AWAL?

Pengendali kelahiran Belanda itu telah meminta bintang tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong, selain seorang bek kanan serta penyerang


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Erik Ten Hag mungkin melepaskan jawatan pengurus Manchester United jika kelab itu tidak memberi pemain yang disasarkan pada perpindahan musim panas ini.

Pengendali kelahiran Belanda itu telah meminta bintang tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong, selain seorang bek kanan serta penyerang.

Jika pemilik kelab tidak dapat memberi trio yang dimahukan, dia mungkin berkata ‘terima kasih banyak-banyak’ dan meninggalkan kelab, lapor akhbar Britain, The Sun.

Menurut akhbar tersebut, jika Ten Hag berbuat demikian, ia akan mendedahkan tentang siapa keluarga Glazer yang sebenar, sekali gus me­ningkatkan lagi ketegangan antara penyokong setia ­dengan pemilik dari Amerika Syarikat (AS) itu kerana dianggap cuai serta tamak.

Perjanjian dengan bintang Juventus, Adrien Rabiot akan dimeterai dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, bintang tengah Perancis berusia 27 tahun itu bukanlah pilihan Ten Hag kerana United sudah berhasrat menandatanganinya sejak dua bulan lalu.

Ten Hag ialah pengurus terbaru yang tidak mendapat sokongan mencukupi daripada keluarga Glazer.

Kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi sulung Liga Perdana, Ahad lalu meningkatkan kebimba­ngan, United mungkin mengulangi nasib buruk musim lalu.

Sembilan daripada kesebelasan utama United dalam perlawanan itu diwarisi ketika zaman pe­ngurusan Ole Gunnar Solskjaer serta Ralf Rangnick.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini