WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KEADAAN TERKINI RONALDO MENGEJUTKAN

Amat mendukacitakan apabila melihat penampilan baharu legenda bola sepak dunia, Ronaldo yang kini digelar ‘Ronaldo Gemuk’


Back To Sports Updates

IBIZA, Sepanyol: Amat mendukacitakan apabila melihat penampilan baharu legenda bola sepak dunia, Ronaldo yang kini digelar ‘Ronaldo Gemuk’.

Ronaldo, 46, dilihat berjemur di atas kapal layar besar di pantai Ibiza bersama beberapa rakan rapat dan keluarganya beberapa hari lalu, dengan perut yang agak besar.

Pemenang Piala Dunia 2002 itu tampil dengan fizikal jauh berbeza ketika zaman kegemilangannya ketika mandi laut bersama kekasihnya, Celina Locks, 32, dalam percutian mewah.

Sejak bersara pada 2011, ­Ronaldo menjalani kehidupan keterlaluan, dengan parti dan keseronokan yang diidamkan sepanjang menjadi pemain bola sepak.

Gaya hidup tersebut menyebabkan badannya naik mendadak kepada 117 kilogram (kg).

Perkara itu bagaimanapun tidak mengejutkan sesiapa yang mengikuti rapat perkembangannya selepas kali terakhir beraksi dengan Inter Milan.

Sejak meninggalkan Inter, pipinya mula ‘mengembang’, walaupun pada zaman langsingnya dahulu, dia pe­nyerang paling hebat di dunia.

Dia mendapat gelaran El Fenomeno (fenomena) selepas meletakkan dirinya sebagai pemain hadapan yang lengkap dengan semua pakej iaitu kepantasan, kekuatan dan kecemerlangan tektikal.

Ronaldo mula melibatkan diri dengan bola sepak bersama kelab Brazil Cruzeiro sebelum diambil alih PSV ketika berusia 17 tahun pada 1994.

Bersama kelab itu, dia menjaringkan 54 gol dalam 57 perlawanan.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini