WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RAHEEM STERLING SESUAI JADI KAPTEN CHELSEA

STERLING dianggap pemain yang memiliki pengalaman luas di EPL selepas mengharungi karier selama 10 musim. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Bekas pemain England, Trevor Sinclair percaya bahawa Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel patut memberikan tugas ketua pasukan kepada bintang baharu pasukan itu, Raheem Sterling.

Ketua pasukan Chelsea ketika ini, Cesar Azpilicueta dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sekali gus bakal mengakhiri tempoh hampir sedekad kariernya di Stamford Bridge.

Sterling menyertai Chelsea pada jendela perpindahan kali ini dianggap antara pemain yang memiliki pengalaman luas selepas beraksi dalam 10 musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City dan Liverpool sebelum ini.

Pemain berusia 27 tahun itu juga sudah meraih empat gela­ran EPL ketika di Etihad selain trofi Piala FA dan lima gelaran Piala Liga Inggeris.

“Saya fikir Raheem Sterling pergi ke Chelsea dan perlu menjadi ketua pasukan. Dia adalah penolong ketua pasukan untuk England dan jika ada pemain yang memiliki lebih pengalaman berbanding Sterling hanyalah Thiago Silva.

“Dengan faktor usia Silva, anda tidak boleh membina pa­sukan berdasarkan seorang pemain yang akan menamatkan kontraknya semusim sahaja lagi.

“Saya fikir dia akan menjadi kapten Chelsea yang berjaya kerana mampu membantu pasukan untuk meraih sesuatu yang istimewa dalam perjalanan kariernya di kelab itu,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini